PERANAN ‘ALAM PENDIDIKAN’

Alam pendidikan ialah satu alam yang maha luas …  begitu jugalah halnya dengan konsep dan falsafahnya.    Dengan kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi,  alam ini sudah menjadi lebih luas … dan tidak bersempadan pula.

Pendidikan,  yang sudah berzaman lamanya dengan kehidupan kita,  telah membawa kita kepada keadaan hari ini.   Ia telah membantu kita mencari ilmu pengetahuan,  yang amat diperlukan dalam perjuangan kita menghapuskan kejahilan dan ‘illiteracy’.   Pendidikan ialah senjata yang amat berkesan kita gunakan.

Bijak pandai sudah pun menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha yang berlangsung sepanjang hayat kita.   Maknanya,  tugas kita mencari dan menimba ilmu tidak kehabisan  dan  akan  berterusan.  Pendek kata,  selagi ada nyawa di badan,  maka kita harus berjuang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Dan  blog   ALAM PENDIDIKAN ini cuba membantu.

Seperti yang kita ketahui,   dalam alam pendidikan ini tiga kumpulan manusia terlibat … iaitu  para pelajar,   para guru   dan   para ibubapa. Tiap satu kumpulan ini mempunyai peranan dan  fungsinya masing-masing.   Para pelajar sudah sememangnyalah mempunyai fungsi dan tugas untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan di arena pendidikan iaitu sekolah.   Para guru pula mempunyai fungsi untuk mendidik dan mengajar murid-muridnya iaitu para pelajar tadi,   supaya mereka dapat memahami,  meminati  dan  menghayati mata pelajaran  yang diajar.   Dan  ibubapa pula merupakan kumpulan sokongan yang penting juga tugas dan fungsi mereka,  iaitu mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan yang berpelajaran, berilmu pengetahuan,  berguna  dan  komited kepada kehidupan di masa hadapan.

Tidak boleh dinafikan bahawa dalam  tiap tugas dan fungsi itu,  bimbingan dan panduan adalah diperlukan.   Pelajar memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang profesyenal dan berbentuk perihatin dari para guru.   Dalam hal ini para guru diperlukan mempunyai komitmen dan kepakaran mengajar yang serba lengkap.   Mereka juga perlu dibimbing untuk menentukan matlamat mengajar para pelajar itu tercapai.   Dan ibubapa ….  yang diperlukan dari mereka ialah kesedaran dan komitmen mereka bahawa usaha mendidik dan mengajar anak-anak mereka tidaklah semestinya diserahkan bulat-bulat kepada masyarakat guru.

Maka nyatalah,  tiap kumpulan yang terlibat dalam pendidikan,  memerlukan sokongan,  kerjasama,  bimbingan  dan  panduan,  untuk menentukan supaya fungsi dan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan baiknya.    Dan inilah fungsi  ALAM PENDIDIKAN ini.

Melalui blog ini,  kita akan cuba memberi apa juga bantuan yang diperlukan … tambahan pula senario kehidupan hari ini sudah menjadi lebih kompleks dan canggih.   Kita akan dapatkan panduan,  bimbingan,  pandangan dan pendapat  dari mereka yang lebih arif dan pakar dalam bidang pendidikan.

Insya-Allah,  kita akan Berjaya membawa generasi muda kita hari ke satu kehidupan yang lebih lengkap dalam menghadapi zaman yang akan datang.

Advertisements

One thought on “PERANAN ‘ALAM PENDIDIKAN’

  1. Assalam mu alaikum wr wbt
    Yang nak dididik atau diajar dan perlukan pendidikan ialah murid. Oleh itu kesedaran mereka sangat perlu. Tahun 60an dan 70an tak ramai guru bergraduat yang mengajar tetapi semangat murid kuat akhirnya ramai yang berjaya dan jarang jumpa anak murid tak pandai tulis baca. Kini ramai guru yang graduat mengajar ramai juga yang berjaya tetapi ramai juga yang tak boleh tulis baca serta masalah sosial bartambah sehingga membimbingkan. Dimana silapnya.
    Dulu kita namakan KPM sebagai Kementerian Pendidikan kini Kementerian Pelajaran. Dulu kita nak didik kini kita sekadar ajar sahaja. Jadi Fikirkanlah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s