FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dalam usaha kita meninjau,  meneliti,  memahami dan menghayati senario pendidikan di negara ini,  rasanya ada baiknya dan amat relevan jika kita lihat apakah FASLSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN kita.

Dengan cara ini,  dipercayai kita akan lebih prehatin terhadap perancangan,  pembangunan dan juga masa depan alam pendidikan di negara kita.  Dan seterusnya dapatlah kita ketahui apa yang boleh kita harapkan dalam aspek pendidikan anak-anak kita.

Kepada kita semua,  terutama yang mempunyai anak-anak yang sedang berada di bangku sekolah,  sudah semestinyalah kita ingin tahu hala tuju dan arah mana anak-anak kita akan dibawa.  Kita ingin tahu apakah ilmu pengetahuan yang sedang ditimba mereka hari ini,  selaras dengan keperluan keadaan di masa mendatang.

Apa pun bacalah FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN yang dipetik dari     “50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007.”

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sila klik di sini untuk membaca seluruhnya.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s