Hasrat Ibu Bapa

Tiap tahun ribuan yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM.  Tiap tahun ribuan pula yang diterima masuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi.  Dan tiap tahun jugalah ribuan yang lulus masing-masing mendukung diploma dan ijazah yang dikejar selama ini.

Bilakah berakhirnya ini semua.  Atau akan berterusankah keadaan ini sehingga ke hujung hayat.

Jika dilihat kepada angka yang mengambil peperiksaan,  yang lulus peperiksaan dan yang melanjutkan pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi,  maka semua akan berasa megah dan bangga.  Bangga kerana rupa-rupanya anak bangsa Malaysia semua mempunyai kebolehan menimba ilmu hingga mendapat golongan-golongan diploma dan ijazah.

Memang benar,  ramai yang diterima masuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi.  Memang benar juga ramai yang lulus pengajian bukan sahaja pada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda,  malah hingga ke peringkat doctor falsafah atau PhD.  Ini semua amat membanggakan.  Rasanya tidak lama lagi tiap seorang yang kita tegur sapa,  adalah berkelulusan menara gading dalam bidang-bidang teknologi moden,  yang belum pun sempat kita ketahui.

Yang agak merunsingkan ramai ibu bapa ialah betapa ramai pula dari jumlah yang lulus pengajian tinggi di universiti-universiti mendapat pekerjaan,  atau pun dipelawa untuk bekerja.  Jika kita lihat pada pasaran pekerjaan (job market),  jumlah kekosongan jawatan,  sama ada di sektor awam atau pun di sektor swasta tidaklah banyak.  Kalau dikira memang tidak padan dengan jumlah mereka yang lulus dari universiti-universiti tempatan dan luar negara.   Keadaan ini agak membimbangkan.

Dulu pernah kita dengar sebuah negara di Asia yang mempunyai begitu ramai lulusan berijazah,  tetapi akhirnya bekerja sebagai tukang teket bas.  Dan di negara kita sendiri,  sudah ramai juga mereka yang lulus dengan ijazah-ijazah canggih berakhir ditepi jalan menjual ikan air tawar, burger,  air batu kacang dan menjadi jurujual di pasar raya yang sebagai cendawan tumbuhnya.

Kalau difikirkan,  di satu pihak terdapat proses yang boleh mengeluarkan ribuan lulusan berijazah,  dan di satu pihak pula tidak dapat menyediakan pekerjaan untuk menampung yang lulus ini.  Nampaknya terdapat kurangnya ko-ordinasi di antara dua pihak ini.  Mungkin inilah sebabnya.

Jadi,  kepada ibu bapa ini sudah menjadi satu halangan untuk mereka mencapai hasrat yang diidamkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s