Mereka inilah yang perlu dibantu dan dibimbing

Hari ini usaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan dan menyara hidup keluarga,  tidaklah lagi bergantung kepada iklan-iklan kekosongan jawatan di agensi-agensi kerajaan atau di pihak swasta.  Sudah ramai memberanikan diri memperkuatkan semangat juang dan melangkah kepada dunia realiti,  iaitu berusaha sendiri  dalam bidang aktiviti yang halal dan tidak menyalahi undang-undang.  Tetapi masih ada juga yang mencari jalan pintas untuk cepat memenuhkan saku dengan wang ringgit yang tidak halal.

Rasanya kalau semangat hendak berusaha sendiri atau ‘being sel employed’ ini tidak dibantu sebaiknya,  maka golongan yang akan melanggar undang-undang dan peraturan akan bertambah jumlahnya.

Ramai anak muda yang ditemui,  walau pun  mempunyai kelulusan universiti,  masih menganggur.  Untuk mereka ini yang pentingnya perlulah mencari jalan supaya tidak lagi bergantung dengan ibu bapa dalam soal keperluan kewangan.  Jawabnya mestilahi rezeki dicari dengan berusaha sendiri,  sama ada dengan menggunakan tenaga atau pun ilmu yang diperolehi semasa di pusat pengajian tinggi.  Lulusan dari pusat-pusat pengajian tinggi hari ini berjumlah ribuan,  dan ini bertambah dari tahun ke tahun.

Sudah ramai lepasan pusat pengajian tinggi ini ditemui.  Umpamanya seorang yang lulus sebagai jurutera elektrik dari sebuah universiti luar negara,  oleh kerana sukar mendapat pekerjaan,  balik ke kampung menjual ikan air tawar dengan ayahnya.  Seorang lagi berkelulusan sarjana muda bidang komunikasi,  akhirnya bekerja di kilang.  Seorang lagi pula berakhir di sebuah pasar raya bertugas sebagai jurujual.  Ada seorang anak gadis yang sudah setahun lulus dengan izajah perancang bandar dan desa,  berakhir di tanah sekangkang kera di belakang rumahnya di kampung menanam jagung.  Ramailah anak muda yang senasib,  bukan ratusan malah ribuan. Perasaan terkilan atau ‘frustrated’ menyerlah.

Inilah senario yang kita hadapi hari ini.  Inilah hakikatnya.  Dan kita,  apa yang perlu dan mesti kita lakukan untuk mengurangkan kekusutan ini semua.  Dan siapa yang perlu bertindak?    Kita harus sedar bahawa kumpulan ini akan menentukan masa depan bangsa dan negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s