Mengenai ‘pendidikan menyeluruh’

Dipaparkan di sini beberapa pandangan mengenai ‘pendidikan menyeluruh’ yang dikemukakan oleh para ahli pendidikan.

Negara perlu institusi pendidikan menyeluruh – Tuanku Faizuddin

KUALA LUMPUR 15 April – Negara memerlukan institusi pendidikan yang mampu membina generasi berpengetahuan menyeluruh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usaha itu hanya dapat dicapai menerusi pendidikan daripada seawal usia kanak-kanak dan berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Hal ini titah baginda, berdasarkan pendapat bahawa pendidikan awal dan prasekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah serta peribadi kanak-kanak.

“Ini boleh dilaksanakan menerusi pendekatan mengikut keperluan semasa dengan mendedahkan pelajar dan tenaga pengajar untuk menerapkan penggunaan kaedah yang kreatif dan inovatif.

“Pada masa sama, penyatuan pelbagai latarbelakang masyarakat tidak mengira bangsa dan agama menjadi suatu komuniti harmoni dan pembangunan sukatan pelajaran yang memenuhi piawaian antarabangsa haruslah diimplementasikan,” titah baginda.    Klik di sini untuk berita lengkap di UTUSAN ONLINE

Transformasi pendidikan perlu menyeluruh  

Oleh Ruhaiza Rusmin

GELOMBANG pendidikan yang dulunya berskala kecil, kini semakin berubah hingga menjadikannya pelaburan lumayan kepada industri dan institusi yang berani menyahut cabaran.

Dengan pelbagai transformasi global, pendidikan menjadi agenda baru kepada masyarakat dunia untuk mengangkat martabat kehidupan ke landasan penyebaran ilmu baru dan perkongsian maklumat terkini juga menyamaratakan taraf mutu pendidikan agar setara institusi lebih terkemuka.

Meskipun perubahan itu dicerminkan sebagai usaha proaktif dan positif, ada pula memberi reaksi kontra dengan tanggapan institusi hanya melakukannya akibat terpengaruh dengan budaya ikutan serta tidak mahu dianggap ketinggalan.

Institusi berkenaan dituduh sanggup memperjudikan nasib semata-mata ingin memahat nama di peringkat antarabangsa sedangkan tiada kemampuan melaksanakannya.

Itukah budaya yang sedang membelenggu institusi pendidikan dunia hari ini?

Rektor Universiti Pertanian Bogor, Indonesia, Profesor Dr Herry Suhardiyanto berkata, transformasi pendidikan perlu dinilai secara menyeluruh bagi menjadikannya kompetitif untuk memenuhi kehendak serta keperluan globalisasi.

Menurutnya, perubahan itu tidak boleh dilakukan secara terburu-buru atau hanya ikutan kerana membabitkan kapasiti keseluruhan institusi untuk diberi penilaian oleh masyarakat.

“Transformasi bermaksud sesebuah institusi itu bersedia melaksanakan perubahan lebih besar dan melakukan anjakan paradigma dalam semua segi. Dengan kata lain, bersedia melonjakkan kemampuan dan bersaing dengan institusi lain.

Klik di sini untuk artikel lengkap di portal rasmi UNIVERSITI SAINS MALAYSIA